Pada
minggu ini akan diadakan hari anugerah cemerlang untuk pelatih-pelatih PDK.
Setiap daripada kami telah diberikan tugas masing-masing. Saya diberi tugas
sebagai urusetia persembahan dan dibantu oleh seorang lagi rakan iaitu Noor
Hajijah dan guru PDK iaitu Cikgu Hani. Dalam majlis ini, ibu bapa semua pelatih
turut dijemput untuk bersama-sama anak mereka mendapat anugerah. Majlis ini
juga dihadiri oleh tetamu-tetamu VVIP antaranya PKMD Kuala Langat iaitu Encik Mad Isa. Beliau telah memberi ucapan dalam majlis ini.
Selain itu, dalam majlis ini juga diadakan persembahan daripada para pelatih. Antara persembahan yang diadakan ialah Persembahan Lagu Gemuruh daripada pelatih remaja, Persembahan Quranis, Persembahan Tarian Remaja dan akhir sekali persembahan daripada pihak kami. Kami telah menyampaikan sebuah lagu yang berjudul “Dengarlah Bintang Hatiku”. Lagu ini kami tujukan kepada semua pelatih yang kami sayangi. Lagu ini mempunyai penuh makna yang menyuruh agar kita sayang kepada anak-anak syurga ini. Di samping itu, diadakan juga pertandingan pakaian beragam daripada pelatih PDK.
Antara anugerah yang disampaikan pada hari ini ialah Anugerah Pencapaian Akademik dan Kemahiran Terbaik 2016 mengikut kelas A,B,C,D dan Q, Anugerah Kehadiran Terbaik, Pencapaian Prasekolah dan Penyampaian Sijil EPC. Majlis ini diadakan dengan penuh gilang gemilang dan meriah sekali. Semua pihak telah memberikan kerjasama baik sepanjang majlis ini.
Seterusnya, hari ini juga merupakan hari terakhir kami disini, jadi kami telah memberikan sedikit saguhati kepada pelatih PDK sebagai tanda berterima kasih kerana sudi menerima kehadiran kami selama beberapa minggu ini. Saya berasa terharu kerana sepanjang di sini, kami disambut baik dan diberikan banyak perkongsian ilmu yang diberikan oleh ibu bapa dan petugas PDK. Ilmu yang diberikan sangat membantu saya untuk menjadi seorang guru Pendidikan Khas suatu hari nanti. Selain itu saya juga lihat majlis ini tidak dapat berjalan dengan lancar seperti yang dirancang jika semua pihak tidak menjalankan peranan mereka masing-masing. Komitmen yang diberikan oleh semua yang terlibat sangat baik tidak kira daripada ibu bapa, pelatih, petugas mahupun sukarelawan yang terlibat. Terima kasih PDK Telok Panglima Garang kerana memberi peluang kepada saya untuk merasai pengalaman yang indah dan bermakna ini sepanjang lapan minggu saya dan rakan-rakan berada di sini.

Persembahan untuk pelatih-pelatih PDK